Official HomePage
of Sawo Matang...







13th Edition

People behind the scene

  • Contents
    Foreword from the editor

    Assalamualaikum

    Begitu pantas masa berlalu. Sawo Matang kini memasuki tahun ke-4 penerbitannya, dengan sidang redaksi baru sesi 96/97. Bulan Disember hingga hujung Januari adalah antara masa yang paling sibuk bagi pelajar-pelajar di UK ini, dengan assignments dan lab reports yang perlu dihantar sebelum end of first semester (Disember), cuti Christmas yang berlalu dengan sekelip mata, dan Januari - bulan peperiksaan dan puasa.

    Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada sidang redaksi yang telah menyumbangkan tenaga dan masa di bulan yang sibuk ini untuk menerbitkan majalah Sawo Matang. Tidak lupa juga kepada para pembaca dan sesiapa yang menyumbangkan artikel dan maklum balas kepada majalah ini. Anggota sidang redaksi Sawo Matang sememangnya amat menghargai segala sumbangan dan pandangan yang diutarakan kepada kami. Inilah salah satu daripada matlamat Sawo Matang iaitu melahirkan golongan intelek yang responsif dan proaktif.

    Bulan puasa telah pun tamat, dan Syawal kini tiba. Edisi ke-13 ini adalah keluaran Hari Raya AidilFitri, dengan artikel-artikel seperti Puasa, Raya di Perantauan dan 'Kongsi Raya' dari wakil Sawo Matang di Kuala Lumpur. Di samping itu, turut dimuatkan artikel mengenai aktiviti dan pandangan pelajar Malaysia di Glasgow seperti Ski Trip, 'Last Minute' dan banyak lagi.

    Sempena 1 Syawal ini, saya mewakili semua sidang redaksi Sawo Matang mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pembaca majalah ini. Diharap dengan bulan yang mulia ini kita dapat megeratkan tali silaturrahim dan bermaaf-maafan sesama kita. Saya juga berharap para pembaca akan terus setia dan menyokong majalah pelajar Malaysia 'Sawo Matang'. Sekian.

    Wassalam

    Previous |  Next


    History | Committees | Editions | Sponsors | Other Links


    Copyright @ 1998 Sawo Matang Magazine All Rights Reserved
    Last Updated : 29th Nov. 1998